Isnin, 12 Oktober 2015

ABANG CELORENG MENARIK IKAN CELORENG DI KELONG MAMUD KUALA LUKUT





Pada 5 dan 6 oktober 2015. Aku bawa satu lagi trip Anang dan kakak celoreng atas rekomen Kapten Nasrizal atas objektif riadah semasa berkursus. Turut serta dalam trip ni big boss abang-abang dan kakak-kakak sarjan.
Abang dan kakak celoreng selamat naik ke kelong dalam jam 3 petang setelah berulang alik sebanyak 5 kali. Seramai 38 orang yang mengikuti ekpidisi riadah sdambil memancing. Aku yang hanya bertemankan Syahmina anakku agak kelam kabut melayan telatah dan karenah pemancing yang pukul ratanya masih nubis dan kubis. Walaubagaimanapun, dengan kerjasama ahli telah menenangkan aku dalam melayan kehendak pemancing.
Untuk trip ni, aku hanya membekalkan pemancing seorang sebatang joran yang pelbagai saiz. Dengan mengambil kira pengalaman, bilangan pemancing, tahap ilmu memancing dan 2 minggu yang kumpau, aku bekalkan perambut menggunakan umpan udang potong sahaja. Dengan harapan sekor dua daun baru atau gerut-gerut dapat dinaikan tetapi hanya tinggal harapan saja. Hanya ikan serkut atau juga dikenali ikan sarjan sahaja sudi memamah umpan-umpan dihujung mata kail abang dan kakak sarjan. Perjalanan program memancing petang tu sungguh menghampakan. Selain serkut, hanya beberapa ekor ketam sahaja yang dapat dinaikan.
kyusuk
Sesi melayan karenah pemancing dihentikan apabila time aku memasak. Nasib baik ada kakak dan abang sarjan yang ringan tangan sudi menghulurkan bantuan menghidangkan makanan. Sedang abang dan kakak sarjan hendak menjamu selera makan malam, salah satu set koyan yang dipegang salah seorang abang sarjan disentap kasar. Aku yang berada berhampiran terus menghulurkan bantuan dan tanpa diduga seekor kerapu apa tah sebesar budak berada dihujung mata kail. Apa lagi, suasana yang tadi tenang kerana hendak mengadap rezeki menjadi riuh rendah semula dengan sesi berselfie dengan kerapu.

Untuk sesi malam pula aku cuba mengcakuk beberapa tangan kurita tetapi sepi tanpa sambaran langsung. untuk menghilangkan kebosanan pemancing, aku pasang lampu di tepi kelong untuk aktiviti apolo. Selain tu boleh juga layan ikan bawal bulan dan selar yang berlegar tepi tiang kelong. Agak banyak juga bawal bulan dan selar yang diangkut masuk dalam tong lauk.

Pada sesi pagi pula diadakan satu pertandingan dalaman yang bermula pukul 8 pagi dan tamat pukul 1 tengahari. Tak banyak ikan yang didaratkan. Hanya seekor depu yang dinobatkan sebagai johan kerana tiada saingan langsung dari talang atau jenahak.
ini baru betul-betul ikan

Selepas makan tengahari berlauk kari ikan disambung aktiviti penyampaian hadiah. Big Boss sendiri yang sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang. Selepas tamat acara tersebut, abang dan kakak sarjan pun mengemas barang masing-masing untuk pulang. Manakala aku pula dengan syahmina meneruskan tanggungjawab mengemas alatan dan joran  sambil curi-curi hulur umpan sehingga seekor talang sudi menyambar tamban hidup yang dihulur.
Di sini aku ingin mohon maaf kepada Big Boss, kapten Nasrizal dan abang serta kakak sarjan jika ada tersalah laku dan kata.Kepada sesiapa yang berminat nak menggunakan pakej dan khidmat  aku sebagai guide memancing di kelong Kuala Lukut boleh menghubungi aku. 
berminat pakej guide : 01120704297  sabri








besar kan??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan