Khamis, 7 Januari 2016

BANDANG KENA KIRAP DI KELONG POZI

kelong pozi kuala lukut negeri 9
Pada 14 november 2015 aku bawa team Wan dan kawan-kawan seramai 5 orang mancing atas kelong Pozi. Wan dan kawannya pernah ikut trip aku naik kelong Pozi. Mungkin dia nak tambah pengalaman dan ilmu lagi, jadi beliau minta aku guiedkan lagi. Aku memang tak kisah seperti pepatah lama berbunyi 'rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari'.
Pada perancangan awal kami nak naik kelong pukul 9 pagi tapi telah tertangguh kerana ada beberapa masalah teknikal kenderaan. Aku yang dah beli umpan awal lagi juga turut lewat naik kelong menyebabkan separuh udang hidup mati kelemasan dan kepananasan.
Sesampai saja di kelong arus dah berubah surut. Apabila surut memang susahlah kalau nak dapatkan umpan tamban. Tambahan pula hari tu arus pasang lewat pada waktu petang menyebabkan kami ambil apa saja ikan yang sangkut kat mata apolo untuk dijadikan umpan. Cuma pada hampir senja ada beberapa ekor selar kuning yang tersangkut juga kat mata apolo.
daun baru semasa arus mula pasang
Pada petang hari pertama tu aku minta Wan dan kawan mancing guna mata apolo dan mata kail kecil yang dicakuk umpan udang potong. Nampaknya anak ikan agak galak menyambar umpan hari tu. Bebarapa ekor selar minyak dan selar kuning juga berebut umpan udang potong. Tetiba tanpa di duga seekor bawal emas menyambar mata apolo berumpan udang potong. Kelam kabut juga Wan melayan namun akhirnya bawal emas bersaiz hampir 1 kg tumpas di hujung mata apolo saiz 6 sahaja. Selain tu bebelos juga berebut-rebut berselang seli dengan selar minyak dapat dinaikan. 
Malam tu aku pacak banyak juga joran berumpankan ikan selar namun tiada sambutan langsung. Manakala Wan pula berjaya menaikan seekor daun baru agak lebar dengan menggunakan perambut mata kecil berumpan udang potong.Semasa hujan renyai-renyai salah satu joran lembut kesayangan yang menggunakan mata kail kecil berumpan udang potong aku disentap seekor pari agaknya. Memang tak terlawan dan tak sepadan dengan joran aku yang lembut bertali tangsi 15 lb saja.
ebek di pagi hari
Pada awal pagi esok kami menduga ikan besar dengan umpan ikan tamban tapi memang tiada sambutan langsung. Mungkin faktor hujan semalam menyebabkan arus sejuk dan air laut agak tawar. Tapi sebaliknya ikan bandang agak galak menyambar udang hidup yang dihulur. Kelam kabut juga Wan dan kawan melayan karenah bandang yang melarikan umpan dan melompat sana sini.  Dalam kelam kabut bandang menyambar udang, 3 ekor bandang dinaikan kerana kena kirap kat belakang saja. walaupun banyak yang rabut tapi akhirnya 5 ekor juga yang menyerah diri dapat dinaikan.
Semasa arus menyongsong surut, kami guna teknik mata apolo berumpan udang sekali lagi. Tanpa diduga seekor GT rempit OKU kerana tiada ekor sudi menyambar mata apolo berumpan. Walaupun agak sukar menaikan GT dengan mata apolo tapi dengan tenang kawan Wan menaikan GT tersebut. 
Pada hari tu aku pulang awal kerana ada tugasan lain yang menanti.Jika ada sesiapa yang berminat nak guna khidmat aku memancing di kelong Pozi atau Mamud boleh call.
berminat pakej guide : 01120704297  sabri
bawal emas menyambar apolo berumpan

semua ikan lauk saja

1 ulasan:

  1. Kunjungi link saya ya
    http://www.1628poker.com/ref.php?ref=QIILOPEZ
    usobet.com

    BalasPadam