Isnin, 1 Mei 2017

PERTANDINGAN MEMANCING KPM DI KELONG MAMUD TENGAH

Pertandingan memancing anjuran unit ICU KPM ini diadaakan di Kelong Mamud tengah pada bulan Februari 2016. Pertandingn ini yang dianjurkan oleeh unit ICU KPM ini turut disertai datuk Aziz iaitu timbalan pengarah unit ICU KPM. 
Seramai 29 orang peserta turut terlibat melibatkan kakitangan ICU KPM. Pertandingan yang dianjurkan kelab rekreasi dan riadah ICU KPM diadakan sebagai salah satu aktiviti kelab disamping mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf ICU KPM. 
Pelbagai hadiah dan hamper disediakan sumbangan syarikat dan peribadi serta kelab disediakan. Sebuah bot diperlukan untuk mengangkut hadiah dan puratanya semua peserta mendapat hadiah mengikut kategori yang dipertandingkan seperti ikan terberat, ikan termahal, ikan terkecil termasuk juara bangau juga disediakan hadiah.
Hadiah disampaikan sendiri oleh Timbanalan Pengarah ICU KPM iaitu Datuk Aziz .Pphoto di bawah boleh menceritakan keadaan atas kelong. Manakala kapsyen tu mungkin ada penambahan dari penulis sebagai jenaka sahaja. harap maap... hehehe
berminat pakej guide : 01120704297  sabri


tak aper la.. kami naik bot trip ke 10
angkut hadiah dulu bah..
aha... ni rupanyer kelong tu yer
pemeriksaan keselamatan kali terakhir
rilek dulu bos..




























Jumaat, 18 Mac 2016

GUIDE SAMBIL CARI LAUK DI KELONG POZI

kelong Pozi Kuala Lukut Negeri 9
Ini trip aku bersama kawan  nak caari lauk di Kelong Pozi. Entah bagaimana ada yang sudi nak ikut pakej sekali. Jadi aku bawa juga.  Kalau kes macam ni aku bukan nak cari untung tapi sekadar nak enjoy bersama memancing. 
Selain tu aku juga nak turunkan sikit pengalaman kepada pembantu aku yang akan guide sendiri satu group pada bulan Mac nanti. 
Sesampai saja terus pasang joran guna umpan udang hidup. Niat nak belasah bandang secukupnya tetapi yang berlaku sebaliknya. Memang agak teruk kami kena buli dengan bandang sampai ada yang naik radang. 
kalau ikut arus kami naik kelong Pozi tu memang cun sangat dah. Cuma tamban agak kurang kerana anak tamban masih kecil dan tak pandai nak sambar apolo lagi kot? Nak jadi cerita, walaupun tamban kurang tapi kalau rezeki tu tetap rezeki juga. Balingan tamban yang pertama terus mendapat sambaran Sang Jenahak di lubuk rahsia yang dah tak rahsia lagi. 
bergambar di tepi lubuk bandang
Nak jadi cerita, aku dapat anak talang saiz 1/2 kg. Aku simpan dalam kolam untuk dijadkan umpan. Sedang asyik duk layan apolo, aku nampak sekor baracuda melintas depan mata selamber saja. Aku terus ambil talang yang disimpan dalam kolam lalu cakuk pada mata mata kail berperambut steel yang dah ready siap. Tak sampai 30 saat umpan mengeletek mencecah air terus dapat sambaran baracuda depan mata aku sendiri. Terus saja aku sentap dan baracuda skala 4 kg  tewas juga.
berminat pakej guide: 01120704297  sabri


jenahak tunggal
sonyum lebar
hasil yang tak seberapa

LAYAN BAWAL BULAN JER DI KELONG MAMUD TENGAH

Kali ini aku bawa satu group. Pakej group ni tapaw satu kelong. Pemancing pun tak ramaai mana pun dan kalaau dikira memang best sangat nak mancing. Begitulah nasib pemancing, apa yang diharap selalunya tak menjadi sangat. Ikan memang agak pasif nak menyambar umpan mungkin kerana tamban juga agak kurang berbanding dengan hari biasa yang lain. Jadi malam tu aku turunkan juga ilmu melayan ikan bawal bulan bawah lampu.
berminat pakej guide : 01120704297  sabri

yang penting happpy


ruang kosong


pebantu yang tekun

mau dapat ikan kecik


barisan ikan pelagik

pemalu sangat

parang kontot